Thursday, January 8, 2009

FUTSAL CUP 08-09


Seperti mana dunia bergaya melangkah ke tahun baru 2009, begitu juga crew TB09 menutup jendela 2008 dengan penganjuran FUTSAL TB-MPP*UTP*-FESCO*kelolaan EC LOG dan ANE(Zahid) pd 31 DIS 08 bertempat di Sport Planet,Menglembu. TB sebagai penganjur menghantar 4 team (TB RAJ,TB SYA, TB ZUL,TB JAF), manakala MPP dan FESCO masing-masing 1 team. Objektif utama penganjuran adalah utk merapatkan hubungan antara ahli organisasi/eventbesar UTP ini, disamping mengelak gejala-gejala MAKSIAT menjelang sambutan tahun baru.


Hampir kesemua 30 pemain yg rata-rata begitu 'excited' mula berkumpul di kafe V2 mulai jam 10mlm.ahahaha. Konvoi 6 buah kereta bergerak jam 1030mlm.Perlawanan dijangka bermula pada pukul 1130 mlm, sambil menanti detik 12mlm (konon2 nya laa). Sebaik wisel mulut dibunyikan, bermulalah gegak gempita,aksi-aksi panas mahupun skil-skil yg terpendam selama ini. 16 perlawanan berlangsung dgn cemerlang diselang seli dgn babak-babak kontroversi.. jaringan dari TB RAJ yg dibatalkan, pemendekkan masa permainan, pembentukkan 1 team tambahan disaat akhir, dan pelbagai lagi. apa-apa pun semuanya tidak memberi kesan kpd semua pemain yg bersikap sgt profesional.( ecceeyy).


Begitu juga dengan babak-babak kesakitan, rembatan bola ke perut, kena muka pun ada (Manager plak tu,adoii). biasalah tu..bola itu bulat, kemana arah pon boleh dituju. ahahaha.. namun, permainan agak sedikit terganggu akibat kecederaan ligamen Poji dari TB SYA akibat terjahan agresif dari pemain FESCO. (budak2 bajet Poji wat gimik guling atas court tu, skali betol
injured daaa) ahahaha..ditambah pula dengan ketiadaan 'pom-pom girl' utk memeriahkan suasana, memeritkan lg moral pemain ( Kenit & Bo moral down) ahahaha.. xley perfom..


Dari segi perfomance pula, "unbelieveable!!, superb!!" lagi-lagi wakil-wakil MPP yg anda undi itu terlalu unggul utk ditumbangkan.(siap titik TB RAJ lagi, panas btl Manager :P) rata-rata pemain yg ditanya mengatakan "tak rugi aku undi Nik Akmal" ahahaha..Syahir dari pasukan TB SYA wajar dipuji kerana kehebatan menjaga gawang gol dr dibolosi,bahkan menjadi goalkeeper gantian TB ZUL yg memaksa beliau utk bermain 4 match berturut2. SYABAS!!


Tidak lupa kpd para striker yg mempamerkan skil-skil World Class punyer,walopon tak berapa jadi. ahahaha.. begitu banyak jaringan-jaringan cantik terutama dari TB JAF dan FESCO. Namun, disebabkan kesuntukan masa, perlawanan terakhir antara MPP dan TB ZUL terpaksa di batalkan. MAAF!!

Berikut adalah kedudukan LiGA FuTsal TB-MPP-FESCO

*P M S K J B mata*

*MPP* 4 3 1 0 9 2 10
TB SYA * 5 3 1 1 8 3 10
*FESCO* 5 3 0 2 9 7 9
*TB JAF * 5 2 1 2 5 4 7
*TB RAJ * 5 2 1 2 5 8 7
*TB ZUL* 4 0 0 4 1 11 0

TAHNIAH kepada juara!! InsyaAllah jika ada kelapangan, Liga ini akan
teruskan akan datang.


(pas main, aktiviti mentekedarah plak kt SALIM) izzu sesat jln.. padahal
kedai tu depan Sport Planet je pon..ahahahaha..
(bebudak Log & Bo pegi karok kt SHOGUN, terbaekk la wa ckp luu) hehehhe


Maaf jika pengunaan nama-nama diatas melanggar KOD ETIKA 5.3. hkhkhkhkhk..

SYABAS kepada semua pemain!!!

sekian..
::|

No comments:

Post a Comment